top of page

Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI diperkenalkan untuk memupuk semangat patriotism

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 6, 2024
  • 1 min read

6 Jun 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI bertujuan memupuk kasih sayang, perpaduan, dan semangat cintakan negara.

 

Menurut Anwar, modul yang dilancarkan semalam memberi peluang kepada golongan muda untuk mengenali sejarah negara dan menghargai jasa pemimpin serta pejuang terdahulu.

 

"Anak muda juga perlu menyusuri sumbangan pemimpin lama kerana kekuatan yang mereka ada sebelum ini boleh digunakan untuk mengangkat lagi martabat negara," katanya dalam ucapan di Majlis Peluncuran Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani di sini.

 

Beliau menekankan bahawa selain menanam kecintaan kepada negara, modul ini juga dapat menjadi asas untuk membina negara bangsa yang lebih dinamik dengan kekuatan baharu, peribadi unggul, dan semangat juang. Ini penting untuk mendepani cabaran semasa dengan akhlak, etika, dan nilai-nilai yang baik.

 

"Saya mengajak rakan-rakan balik kepada landasan, mahu angkat negara mesti dengan keyakinan, mesti dengan semangat perpaduan, mesti dengan kecintaan kepada negara, mesti keyakinan bahawa negara ini mampu diangkat sebagai negara yang hebat, Malaysia di mata dunia," tambah Anwar.

 

Modul yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan ini diperkemas mengikut peredaran masa, khususnya dalam aspek pendigitalan, untuk memastikan ia relevan dengan cabaran semasa.

Comentarii


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page