top of page
  • Farah Salim

Mohamaddin Ketapi umum keluar Bersatu


28 Jun 2022

Oleh Farah Salim


KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi pada hari ini mengumumkan keluar daripada Bersatu sejak menyertainya November lalu.


Mohamaddin yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Segama sebelum ini juga telah meninggalkan parti Warisan untuk menyertai Bersatu.


Bagaimanapun, beliau akan kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas dan menyokong kerajaan Persekutan dan Sabah masa ini.


Difahamkan tindakan beliau untuk keluar daripada Bersatu adalah disebabkan beliau tidak diberi peranan dalam parti tersebut.


bottom of page