top of page

Mohd Razali dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah

  • nabalunews
  • 10 hours ago
  • 1 min read

ree

2 September 2025


PUTRAJAYA: Datuk Mohd Razali Wahab dilantik sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah berkuat kuasa hari ini.


Beliau menggantikan Datuk Seri Rosli Isa yang bersara wajib 27 Ogos lalu.


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar merakamkan ucapan tahniah kepada Mohd Razali atas pelantikan ke jawatan tersebut selain menzahirkan keyakinan terhadap kepimpinan beliau.


“Dengan kepimpinan dan pengalaman beliau, saya yakin penyampaian perkhidmatan kerajaan akan terus cemerlang dan dapat memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat khususnya di negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.


Mohd Razali, 59, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Pengurusan Sosial dan Infrastruktur) dari Universiti Malaya (UM) dan pemegang Ijazah Sarjana Sains Politik dari Universiti Meiji, Jepun.


Beliau mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama lebih 31 tahun bermula sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Penerangan pada tahun 1994.


Pada tahun 2022, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor, sebelum menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page