top of page

MOM YAKIN SUKAN OLIMPIK BERLANGSUNG IKUT JADUAL

  • nabalunews
  • Jan 23, 2021
  • 1 min read

ree

23 JAN 2021


KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yakin temasya Sukan Olimpik Tokyo (Tokyo 2020) akan berlangsung mengikut jadual ditetapkan pada 23 Julai hingga 8 Ogos tahun ini, kata Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai kesediaan dan persiapan rapi yang dilakukan oleh kerajaan Jepun menerusi panggilan persidangan dengan rakan sejawatnya Yamashita Yasuhiro dan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach, semalam.

Menerusi panggilan itu, Mohamad Norza berkata beliau turut dimaklumkan bahawa rakan penganjur juga berusaha untuk memastikan penganjuran temasya itu selamat dan terjamin bukan sahaja kepada atlet dan pegawai tetapi juga kepada masyarakat setempat.


“Kami sentiasa bersama dengan IOC dan rakan sejawat kami dari Jepun dan berharap dapat turut serta dalam temasya itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Norza berkata MOM juga sedang dalam perbincangan dengan IOC berhubung vaksinasi kontinjen negara ke Sukan Olimpik.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kesediaan IOC menyokong penglibatan MOM dengan kerajaan Malaysia mengenai perkara berkenaan.


“Kami akan meneruskan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM),


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) dalam memastikan semua atlet dan pegawai dapat menumpukan perhatian kepada latihan serta persiapan dalam suasana yang selamat,” katanya. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page