top of page
  • Farid Johan

MUDA berhasrat sertai PH: Syed Saddiq



6 Sept 2032

Oleh Farid Johan


KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berhasrat untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).


Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan sebulat suara menyertai PH itu diputuskan melalui Persidangan Pilihan Raya Muda yang berlangsung pada Isnin dan Selasa.


Beliau berkata, perbincangan tidak rasmi berhubung perkara itu telah dilakukan bersama pimpinan tertinggi PH.


“Muda bersedia untuk bekerjasama bersama rakan yang berkongsi prinsip perjuangan yang sama, mengangkat kepimpinan berbilang bangsa dan agama serta mengangkat politik dasar dan khidmat untuk rakyat.


“Saya tidak boleh ulas lanjut sehingga adanya rundingan rasmi,” katanya pada sidang media, hari ini.


Syed Saddiq berkata, Muda juga terbuka untuk mengadakan perbincangan secara rasmi bersama Majlis Presiden PH berhubung perkara itu.


“Perbincangan secara tidak rasmi bagi penyertaan Muda dalam PH telah dilakukan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,” katanya.


Pada sidang media itu, Syed Saddiq turut mengumumkan pelantikan Adun Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz sebagai Pengarah Pilihanraya ke-15 untuk parti MUDA.

Comentarios


bottom of page