- Wartawan Nabalu News
Muhyiddin: Jangan cabar saya, saya boleh tekan ‘button’ bila-bila masa

12 Nov 2021 Oleh Farah Salim KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berang terhadap ahli politik UMNO veteran, Tan Sri Shahrir Abd Samad kerana mencabar parti yang diketuai beliau untuk menarik sokongan terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad. Dalam satu sidang akhbar, Muhyiddin yang memanggil Shahrir ‘bodoh’ berkata sebagai presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), beliau boleh berbuat demikian bila-bila masa sahaja namun beliau lebih mementingkan kesihatan dan kebajikan rakyat. “Shahrir tak fikir (nasib rakyat). Dia nak mencabar saya, saya boleh buat. Sekarang saya boleh tekan ‘button’, semua jatuh. “You want to see that happen (Kamu mahu melihat ini terjadi)? Saya tak takut nak buat tapi saya fikir rakyat di Johor jangan berhadapan masalah yang besar seperti di Melaka,” katanya. Muhyiddin juga berkata bahawa sebagai orang Johor, beliau tidak akan menimbulkan situasi yang sama di negeri itu seperti yang telah "disebabkan oleh UMNO di Melaka".