IPG Diaktifkan untuk Pekebun Kecil Getah di Sabah dan Sarawak bagi Pengeluaran Mac 2026
- nabalunews
- Apr 2
- 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns
2 April 2026
KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengumumkan bahawa Insentif Pengeluaran Getah (IPG) diaktifkan bagi pekebun kecil di Sabah dan Sarawak untuk bulan Mac 2026 berikutan harga purata ladang getah sekerap di kedua-dua negeri itu berada di bawah paras ambang RM3.00 sekilogram.
Bagi tempoh pengeluaran Mac 2026, kadar IPG getah sekerap di Sabah ditetapkan pada 5 sen sekilogram bagi kandungan getah kering (KGK) 50 peratus dan 10 sen sekilogram bagi KGK 100 peratus. Di Sarawak, kadar masing-masing ialah 15 sen dan 30 sen sekilogram. Insentif bagi lateks pula ditetapkan pada kadar 90 sen sekilogram (KGK 100 peratus) yang akan diaktifkan serentak.

Menurut LGM, harga purata ladang getah sekerap pada Mac 2026 ialah RM2.95 sekilogram di Sabah dan RM2.85 sekilogram di Sarawak, iaitu di bawah paras ambang RM3.00 sekilogram yang memerlukan pengaktifan insentif. Sebaliknya, IPG tidak diaktifkan di Semenanjung Malaysia berikutan harga purata yang lebih tinggi iaitu RM3.30 sekilogram.

Pekebun kecil yang layak di Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran IPG bagi tempoh 1 hingga 30 April 2026 berdasarkan pengeluaran getah bagi Mac 2026.















Comments