Muhyiddin Yassin perlu letak jawatan - EwonMuhyiddin Yassin perlu letak jawatan - Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Muhyiddin Yassin perlu letak jawatan - Ewon


Datuk Ewon Benedick

29 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick menyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletak jawatan kerana sudah hilang moral sebagai Perdana Menteri.


"Dengan kenyataan Istana Negara hari ini, Muhyiddin Yassin sudah hilang moral sebagai Perdana Menteri. Keseluruhan kabinet beliau juga sudah hilang moral.


"Muhyiddin perlu letak jawatan bersama keseluruhan kabinetnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Dalam kenyataan rasmi Istana Negara hari ini, Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan rasa dukacita beliau terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkaitan urustadbir Ordinan Darurat.


Ewon yang juga Naib Presiden UPKO menyatakan bahawa pihak Kerajaan PN telah membohongi Yang di-Pertuan Agong kerana gagal melaksanakan apa yang telah dipersetujui dan dititahkan.


"Nyata sekali pihak kerajaan telah membelakangi Yang di-Pertuan Agong dan telah mengelirukan Dewan Rakyat," katanya.


Menurut Ewon lagi, pihak kerajaan juga gagal melaksanakan ikrar sumpah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang dilafazkan semasa mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat dan telah membohongi Yang di-Pertuan Agong.

bottom of page