top of page
  • Wartawan Nabalu News

Najib kemuka saman fitnah ke atas Muhyiddin?


16 Ogos 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan meminta peguamnya memfailkan saman fitnah serta memohon kepada mahkamah untuk mengambil tindakan terhadap Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangannya Wan Saiful Wan Jan kerana menghina mahkamah.


"Perangai dia sebijik dengan Tun Mahathir. Buat video propaganda sedih-sedih. Suka lempar tuduhan tidak berasas.


“Saya tak main propaganda. Saya tak main air liur. Saya berdasarkan bukti, kebenaran serta data dan sains.


"Kami cabar kamu buat laporan polis bahawa ada yang suruh kamu ganggu kes utama, kamu tak berani," katanya dalam posting Facebooknya.


Beliau berkata demikian bagi megulas kenyataan Muhyiddin yang dibuat semasa peletakan jawatannya sebagai Perdana menteri pada petang tadi.


Najib berkata: “Dia (Muhyiddin) kata dia turun sebab ada yang rakus kuasa mahu jawatan dia”.


“Tapi dia sudah lupa siapa yang rakus kuasa untuk tikam belakang Mahathir dan khianat gabungan dia untuk rampas kuasa setelah parti dia kalah begitu teruk sekali kepada BN pada PRK Tanjung Piai dan mula minta nyawa pada kami.


“Siapa yang rakus untuk kekalkan kuasa sehingga hentikan parlimen selama tujuh bulan dan selepas dipaksa bersambung, dia tak benarkan ordinan darurat dibentang sehingga terpaksa menipu YDP Agong?


“Siapa yang rakus kuasa sehingga sanggup sogok-menyogok ahli-ahli parlimen,” kata Najib.


Katanya lagi, Muhyiddin turut mengambil jalan paling mudah untuk kekalkan kuasa dengan bersuhabat dengan "kelptokrat" tetapi dia tidak akan buat begitu.


“Dia lupa bahawa "kleptokrat" juga yang dia minta nyawa dan naikkan dia jadi PM pada tahun lalu.


“Dia kata dia dipecat sebagai Timbalan PM oleh saya sebab 1MDB. Tidak dia dipecat sebagai TPM sebab dia berkomplot dengan Mahathir dan Mukhriz sejak tahun 2014 untuk tumbangkan saya sebagai presiden UMNO dan PM.


"Okay. Kamu fitnah bahawa kamu khianat saya sebab 1MDB. Adakah 1MDB sebab utama kamu khianat Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) untuk naik ke Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri?


“Adakah 1MDB sebab utama khianat Mahathir untuk naik ke Presiden dan Perdana Menteri?


"Sampai sekarang dia tak nak mengaku bahawa sebab utama dia perlu undur ialah rekod dia amat teruk sekali. Kegagalan world-class," kata Najib.

Comentários


bottom of page