Nazri akui tandatangan SD sokong Anwar jadi Perdana Menteri
top of page
  • Farah Salim

Nazri akui tandatangan SD sokong Anwar jadi Perdana Menteri


27 Jun 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengakui telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM).


Tajuddin berkata SD yang tular itu memang wujud walaupun pemimpin Umno melaungkan “No DAP, No Anwar”.


“Saya saksi hidup…saya diminta tandatangan. Mula-mula tak nak tetapi dah masam muka, tandatangan juga,” katanya dalam sidang media, pada Isnin.


Tajuddin turut mendakwa sebelum ini hampir 130 ketua bahagian Ummo mahu Presiden Umno Zahid Hamidi berundur.


Sementara dalam laporan Morning Post, Nazri berkata, beliau adalah individu yang bertanggungjawab mendapat sokongan para pemimpin akar umbi Umno seluruh negara supaya Anwar diterima sebagai Perdana Menteri.


Beliau dipetik sebagai berkata, usaha itu dilakukan bagi mengelak Umno diharamkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.


“Memang benar, kita mahu angkat Anwar jadi Perdana Menteri kerana ingin menyelamatkan Umno. Masa Mahathir jadi Perdana Menteri dia nak bubar Umno. Saya ketika itu Setiausaha Agung BN, saya bertanggungjawab pada parti saya untuk selamatkan BN. Jika Umno jatuh, BN jatuh,” katanya kepada Morning Post.

bottom of page