top of page

Nelayan Hilang Dikhuatiri Lemas

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

17 Februari 2026


PAPAR: Misi pencarian hari kedua seorang nelayan yang dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika memukat ikan dalam kejadian di perairan Kampung Kuala, di sini, sejak semalam, masih gagal.


Operasi yang dijalankan pasukan bomba sekali lagi terpaksa ditangguhkan jam 6 petang tadi atas faktor keselamatan dan akan disambung semula pada keesokan pagi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, operasi hari kedua dimulakan pada jam 6.45 pagi tadi, menggunakan bot aluminium pasukan bomba.


Katanya, operasi pencarian diteruskan bersama agensi-agensi lain di sepanjang persisiran pantai dan kawasan perairan menggunakan bot secara menyeluruh.


“Pada jam 12:00 tengah hari, boya berwarna oren milik bot yang karam telah dijumpai terapung kira-kira 300 meter dari pesisir pantai sebagai petunjuk tambahan operasi.


“Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa dan akan disambung semula pada keesokan pagi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Razlan berkata, mangsa hilang dikenali sebagai Saimin Ongit yang berusia 60 tahun.


Terdahulu, dalam kejadian semalam, mangsa bersama seorang lagi rakannya Primus Ujim, 52, dilaporkan karam.


Bagaimanapun, rakan mangsa berjaya dijumpai dalam keadaan selamat, manakala seorang lagi rakan mangsa masih belum dijumpai sehingga kini.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page