top of page
nabalunews

Nusantara berpotensi jadi pusat pertumbuhan Asia Tenggara




29 November 2024

 

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, kedudukan Nusantara sebagai ibu kota baharu Indonesia di Pulau Borneo diyakini berpotensi menjadikan wilayah itu sebagai pusat pertumbuhan ekonomi dan pembangunan bagi masa depan Asia Tenggara.

 

“Kerjasama yang erat antara Sabah dan Kalimantan akan membawa kebaikan bersama demi kebangkitan Borneo,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam, sambil memuji keindahan landskap di depan Istana Presiden di Nusantara. 

 

Phoong kini berada di Nusantara bersama sekumpulan usahawan Sabah atas jemputan Konsulat Jeneral Indonesia di Kota Kinabalu untuk melihat perkembangan ibu negara baharu itu serta meneroka peluang perniagaan dan pelaburan.

 

Lawatan dua hari itu turut menyaksikan rombongan melawat Nusantara Command Centre yang memantau pembinaan bandar hijau menggunakan teknologi sensor dan integrasi digital. 

 


Comments


bottom of page