Olimpik: Aaron Chia-Wooi Yik beri pingat pertama buat MalaysiaOlimpik: Aaron Chia-Wooi Yik beri pingat pertama buat Malaysia
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Olimpik: Aaron Chia-Wooi Yik beri pingat pertama buat Malaysia



31 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


TOKYO: Pasangan bergu negara, Arron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat pertama buat negara dalam aksi Sukan Olimpik sebentar tadi.


Mereka berjaya mengalahkan pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dalam penentuan pingat gangsa bagi acara bergu lelaki dalam sukan badminton di gelanggang Musashino Forest Sport Plaza, Jepun.


Arron dan Soh menewaskan gandingan Indonesia itu dengan keputusan 17-21, 21-17, 21-14 dalam masa 52 minit.


Sebelum ini, mereka berjaya menewaskan pasangan nombor satu dari Indonesia Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon dalam aksi suku akhir.


Walau bagaimanapun, dalam pusingan separuh akhir pasangan bergu negara terpaksa akur kekalahan terhadap pasangan dari China Li Jun Hui dan Liu Yu Chen.


Rakyat Malaysia mengucapkan tahniah buat Arron dan Soh di atas kemenangan itu, sekali gus memecah kebuntuan daripada segi pungutan pingat di sukan Olimpik.

bottom of page