OP Mabuk: Tiga Ditahan Atas Kesalahan Dibawah Pengaruh Alkohol
- nabalunews
- Nov 2
- 1 min read

2 November 2025
PENAMPANG: Tiga lelaki ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi Op Mabuk yang dijalankan di Jalan Bundusan, Penampang, awal pagi tadi.
Operasi dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, semua individu teebabit ditahan mengikut Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katsnya, kesalahan dilakukan iaitu memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang telah ditetapkan.
“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dipenjara selama dua tahun dan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000 serta hilang kelayakan lesen memandu selama 2 Tahun.
“Dalam operasi sama, pihak polis turut mengeluarkan tujuh keping saman keranan tidak memiliki lesen memandu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, secara keseluruhannya, seramai 72 individu dan 60 kenderaan diperiksa sepanjang operasi.
“Operasi ini juga antara lainnya, bertujuan untuk memantau keselamatan pengguna jalan raya agar sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan lalulintas yang telah ditetapkan.
"Operasi kali ini diketuai oleh Ketua BSPT IPD Penampang, Inspektor Rozami Ahmad dan dibantu seramai enam anggota Polis,” katanya.


















Comments