top of page

Op Tapis: 152 Individu Ditahan

  • nabalunews
  • Apr 24
  • 1 min read


ree

24 April 2025


SANDAKAN: Seramai 152 individu berjaya ditahan sepanjang operasi Op Tapis Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan (Pemutihan) yang dilaksanakan di daerah ini.


Operasi yang dijalankan selama sebulan bermula pada 20 Mac lalu itu turut berjaya merampas keseluruhan 1.3 kilogram dadah jenis syabu, serbuk ekstasi, pil ekstasi, ketamin dan cecair 'vape mushroom'.


Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, operasi dilaksanakan dengan 15 kekuatan di 10 lokasi yang dikenal pasti aktif dengan aktiviti dadah.


ree

Katanya, semua individu yang ditangkap disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 30A91), Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB).


"Tindakan sitaan turut diambil mengikut ADB (Perlucutan Hak Harta) 1988 melibatkan lima kenderaan, lapan barang kemas pelbagai jenis dan wang tunai.


"Nilai keseluruhan rampasan dan sitaan adalah dianggarkan sebanyak RM350,000,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, pihak polis akan meneruskan usaha pemutihan kegiatan jenayah dan setakat dari tahun 2023 hingga kini, seramai 4,167 orang telah ditahan atas kesalahan dadah di daerah ini.


"Kita anggarkan purata lima orang setiap hari ditangkap kerana terlibat dengan kegiatan jenayah dadah di daerah Sandakan," katanya.


Ahsmon memohon supaya masyarakat dapat menyalurkan maklumat berkaitan apa sahaja kegiatan dadah di kawasan masing-masing.


"Maklumat boleh disalurkan melalui imbasan Kod QR, Volunteer Smartphone Patrol (VSP), Facebook IPD Sandakan atau datang ke mana-mana balai polis berdekatan," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page