top of page

Op Tapis Dadah: Lelaki Tempatan Ditahan di Kota Belud

nabalunews
3 days ago
1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KOTA BELUD, 10 September – Seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kota Belud dalam Op Tapis Dadah di kawasan Kampung Pintasan, Kota Belud, pada 8 September lalu, kira-kira jam 2.00 petang, selepas didapati memiliki bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 5.09 gram bernilai anggaran RM509.00.


Ujian saringan awal mendapati bahan tersebut positif Methamphetamine.



Suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Semakan awal turut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya IPD Kota Belud akan terus mempergiatkan operasi dan risikan bagi membanteras kegiatan pengedaran serta penyalahgunaan dadah.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah diseru untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page