Touchpoint Takziah Kadamaian santuni keluarga mendiang Luki

Oleh Kidd
11 September 2026
KOTA BELUD: Keprihatinan terhadap keluarga yang kehilangan insan tersayang terus diberi perhatian menerusi inisiatif Touchpoint Takziah Pusat Khidmat ADUN Kadamaian.
Terbaharu, sumbangan itu disampaikan kepada keluarga mendiang Luki Mansalan sebagai tanda simpati dan sokongan kepada keluarga berkenaan dalam menghadapi waktu kedukaan.
Sumbangan bagi pihak Timbalan Ketua Menteri III merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick itu disampaikan Pemaju Mukim Pinol Timun, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian kepada wakil keluarga, Almoner Wilton.
Penyerahan sumbangan berlangsung di Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, di sini, pada Khamis.
Pusat Khidmat ADUN Kadamaian turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang serta mendoakan mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan itu.















Comments