top of page

Penyelesaian Tuntutan 40 peratus hasil Sabah harus disegerakan – Hajiji

nabalunews
1 hour ago
1 min read

11 Sept 2026


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil Sabah harus disegerakan bagi memastikan hak negeri ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan.


Kerajaan Negeri telah mengemukakan perkara itu untuk pertimbangan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bagi Tahun 2026, di sini, hari ini.


“Kita bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah juga ada mohon pertimbangan terutama dalam penyelesaian 40 peratus pembayaran kepada Sabah itu juga mendapat pertimbangan yang sewajarnya.


“Jadi, kita berharap supaya ini juga dapat diselesaikan dan disegerakan. Itu bagi pihak negeri Sabah,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat MTPMA63 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


Sementara itu, Anwar berkata Kerajaan Persekutuan bersetuju meningkatkan Pemberian Khas interim kepada Sabah kepada RM1.5 bilion mulai tahun ini sementara rundingan diteruskan.


Beliau berkata, rundingan itu akan mengambil kira kedudukan kewangan seperti yang terkandung dalam perjanjian awal.


Menurutnya, perkara berkenaan akan dibawa ke Parlimen pada Oktober sebelum pembayaran RM1.5 bilion dibuat pada tahun ini, dijangka pada akhir Oktober atau awal November.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page