top of page

Operasi mencari dan menyeluruh 2 warga Filipina hilang insiden perlanggaran bot di Pulau Sebangkat ditamatkan

  • nabalunews
  • Aug 9, 2024
  • 1 min read

9 Ogos 2024


SEMPORNA: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dua penumpang bot warga Filipina yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Sebangkat, di sini, Selasa lalu ditamatkan, semalam memandangkan operasi yang bermula sejak hari kejadian tidak menemukan sebarang petunjuk baharu.


Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, operasi ditamatkan pada 6.30 petang.


Bagaimanapun katanya, Maritim Semporna akan melaksanakan pemantauan berterusan melalui rondaan rutin operasi di lapangan dan pemakluman lanjut akan dibuat sekiranya terdapat petunjuk baharu yang mungkin berkaitan dengan penemuan mangsa.


“Sepanjang tiga hari ini kita melakukan pencarian mencecah keluasan 64 batu nautika persegi dengan pembabitan tujuh bot dari APMM dan pelbagai agensi lain.


“Komuniti di kampung-kampung sekitar turut dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa dan diminta untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang petunjuk,,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Sementara itu, Amir turut mengingatkan komuniti maritim untuk sentiasa menggunakan jaket keselamatan semasa melakukan aktiviti di laut.


Terdahulu, dalam kejadian kira – kira jam 6 pagi Selasa lalu, dua penumpang warga Filipina masing-masing berusia 30 tahun dikhuatiri lemas apabila bot yang mereka naiki dilanggar oleh sebuah bot lain di Perairan Pulau Sebangkat, Semporna.


Selain APMM, operasi SAR turut dibantu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Taman-Taman Sabah.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page