top of page

Ops Didik dan Tegur DBKK, Tiga Penjaja Dikenakan Kompaun

  • nabalunews
  • Apr 11
  • 1 min read


11 April 2025


KOTA KINABALU: Tiga penjaja dikenakan kompaun oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) selepas dikesan gagal mematuhi peraturan ditetapkan menerusi Ops Didik dan Tegur, Rabu lalu.


Dalam operasi yang dijalankan di sekitar Anjung Kinabalu dan Anjung Senja itu, kesalahan yang dikesan adalah menjaja tanpa kebenaran selain melibatkan kesalahan sampah sarap.


Dua kompaun dikeluarkan mengikut Undang-undang Kecil (UUK) Penjaja 1966 manakala satu kompaun mengikut UUK Bandaraya Kota Kinabalu (Anti Sampah Sarap) 1984.



DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi dilancarkan seiring dengan usaha mewujudkan persekitaran bandar raya yang lebih selesa dan selamat bagi masyarakat dan pelancong.


Katanya, operasi kali ini ini menumpukan untuk memberi teguran kepada pengusaha gerai berkaitan etika penyediaan makanan, etika menyantuni pelanggan dan kebersihan di sekitar kawasan gerai masing-masing.


“Para peniaga turut diberikan amaran tegas untuk mempamerkan tanda harga dengan jelas selain menyediakan persekitaran yang bersih, selamat dan harmoni demi keselesaan pengunjung dan pelancong di Bandaraya Kota Kinabalu.



“Semua pengusaha di sekitar bandar raya diingatkan untuk sentiasa patuh kepada peraturan yang telah dikuatkuasakan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.


Menurutnya, DBKK akan terus komited dalam melaksanakan pemeriksaan dari masa ke masa bagi memastikan tahap pematuhan penjaja sentiasa berada pada tahap terbaik.


Terdahulu, operasi itu diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK Robert Lipon dan turut melibatkan seramai 51 anggota DBKK.


Antara yang terlibat ialah Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya dan Jabatan Pengurusan Harta.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page