Orang ramai diingatkan untuk sentiasa patuhi SOP apabila berada di bazar Ramadhan, pusat beli belah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Orang ramai diingatkan untuk sentiasa patuhi SOP apabila berada di bazar Ramadhan, pusat beli belah


24 April 2022 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Orang ramai disarankan untuk sentiasa mematuhi semua standard operasi prosedur (SOP) ketika berkunjung ke pusat-pusat membeli belah dan bazaar Ramadhan bagi mengurangkan risiko jangkitan. Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, hampir 57 peratus daripada semua kes baharu hari ini adalah melalui jangkitan sporadik berbanding 26.7 peratus melalui saringan Kontak Rapat. "Statistik ini merupakan satu peringatan bahawa risiko jangkitan di tempat-tempat awam yang penuh sesak masih tinggi," katanya dalam satu kenyataan. Dalam pada itu, kes baharu Covid-19 di Sabah pada hari ini ialah 60 kes, dan tidak banyak berubah berbanding dengan angka kes semalam (65 kes). Jelas beliau, jumlah daerah yang merekodkan penurunan kes baharu dan daerah yang mencatatkan pertambahan agak seimbang. "Sebanyak 10 daerah mencatatkan penurunan kes dan lapan (8) daerah mencatatkan peningkatan kes. "Sembilan (9) daerah lagi kekal sebagaimana catatan semalam. "Kota Kinabalu dengan 26 kes baharu (+6) merupakan satu-satunya daerah di Sabah yang mencatatkan jangkitan baharu dua (2) angka," katanya Sementara itu, sebanyak 15 daerah mencatatkan kes satu (1) angka dengan 10 daripada daerah-daerah tersebut mencatatkan satu (1) atau dua (2) kes sahaja. Jelas beliau, tidak ada kes baharu dicatatkan di 11 daerah lain dalam tempoh 24 jam yang lalu. Seramai 58 orang daripada 60 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 dan seorang (1) pesakit masing-masing dalam Kategori 3 dan Kategori 5. Tidak ada kes baharu direkodkan dalam Kategori 4.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page