Orang ramai dijemput hadir sambutan Krismas, Tahun Baharu, di Kadamaian Square, 6 JanOrang ramai dijemput hadir sambutan Krismas, Tahun Baharu, di Kadamaian Square, 6 Jan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Orang ramai dijemput hadir sambutan Krismas, Tahun Baharu, di Kadamaian Square, 6 Jan




3 Januari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick akan mengadakan Majlis Ramah Mesra sempena Sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2023 di Dewan Kadamaian Square, Taginambur, di sini, pada 6 Januari ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian itu mengalu-alukan orang ramai khususnya penduduk sekitar Kadamaian menghadiri seterusnya memeriahkan lagi sambutan itu.


Pelbagai acara menarik telah disusun sepanjang sambutan itu antaranya persembahan koir dari beberapa gereja, persembahan Bamboo Beat Kiau dan cabutan tiket bertuah.


Pengerusi Penganjur Carlye Lajimin berkata, pelbagai hadiah menarik menanti para pengunjung bertuah bagi cabutan tiket bertuah.


“Acara akan bermula seawal jam 8 pagi dan dijangka akan berakhir pada jam 1 petang,” katanya dan menambah, dijangka lebih 3,000 pengunjung akan menghadiri sambutan itu.


Beliau berkata, antara tujuan sambutan itu ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat berbilang kaum dan agama.


“Selain itu ia juga memberi peluang kepada masyarakat untuk bertemu dan meraikan sambutan Krismas dan Tahun Baharu bersama pemimpin,” katanya.



bottom of page