top of page

PAKATAN HARAPAN TOLAK MAGERAN

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 11, 2021
  • 1 min read

Updated: Jun 12, 2021



11 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pakatan Harapan menolak cadangan Tun Dr.Mahathir Mohammad untuk mewujudkan sebuah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).


Kenyataan itu dikeluarkan bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Hj.Mohamad Sabu dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Guan Gng, hari ini.


"Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil maklum cadangan Tun Dr.Mahathir untuk mewujudkan MAGERAN untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi negara pada waktu ini terutama berkait Covid-19.


"Bagaimanapun, sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip demokrasi berparlimen, Pakatan Harapan menolak cadangan itu berdasarkan pendirian konsisten kami bahawa Darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula sekarang," katanya.


Menurut kenyataan itu, penyelesaian kepada masalah rakyat dalam isu Covid-19, ekonomi dan juga politik memerlukan demokrasi yang berfungsi dengan baik dan ruang terbaik untuk mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian ialah di Parlimen.



 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page