top of page

Pamaramaian Kounsikahan Pisompuruan Meriah di Kampung Lingkubang

  • nabalunews
  • Jul 27, 2025
  • 1 min read

26 Julai 2025


KOTA BELUD: Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Juin Kolod daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, telah mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, bagi merasmikan sambutan Pamaramaian Kounsikahan Pisompuruan yang diadakan di Kampung Lingkubang, kelmarin. Sambutan ini berlangsung dalam suasana penuh semangat dan kerjasama komuniti setempat.


Pelbagai aktiviti berunsur tradisional telah diadakan bagi memeriahkan acara, antaranya pertandingan masakan tradisional, pertandingan gong, serta pertandingan mongompuri – iaitu proses tradisional mengupas kulit padi yang mencerminkan warisan agraria masyarakat tempatan.


Acara turut diserikan dengan persembahan juara Sugandoi Terbuka dan Sugandoi Dazanak, yang menampilkan bakat nyanyian anak tempatan sambil mengekalkan unsur budaya etnik yang diwarisi turun-temurun.

Kemuncak acara ialah cabutan tiket bertuah yang menambah kemeriahan dan keterujaan para pengunjung. Sambutan ini bukan sahaja menjadi platform memperkukuh perpaduan komuniti, malah turut memperkasakan warisan budaya masyarakat Kadamaian.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page