Pandemik Covid-19 beri kesan besar ke atas orang asal: Dr. RosliahPandemik Covid-19 beri kesan besar ke atas orang asal: Dr. Rosliah
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Pandemik Covid-19 beri kesan besar ke atas orang asal: Dr. Rosliah


Dr. Rosliah Kiting

9 Ogos 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Pandemik Covid-19 memberi impak yang besar kepada Orang Asal (OA) terutama dalam bidang pendidikan.


Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr.Rosliah Kiting berkata, ini kerana sebahagian besar OA tinggal di kawasan luar bandar atau kawasan terpencil yang sukar mendapatkan talian internet, sekali gus menyebabkan pelajar ketinggalan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).


Beliau berkata, masalah itu menjadi parah apabila ibu bapa tidak mampu menyediakan telefon bimbit dan data untuk tujuan PdPR anak-anak mereka.


“Modul yang disediakan juga sukar dipelajari tanpa bimbingan guru terutama ibubapa yang kurang kemampuan untuk membimbing anak-anak dalam pembelajaran.


“Oleh itu adalah menjadi harapan saya agar pihak bertanggungjawab memberikan kemudahan talian internet ini sehingga ke pelusuk kampung dan menjadikan ini sebagai tanggungjawab utama memastikan semua pelajar dapat mengikuti PdPR sepenuhnya,” katanya kepada Nabalu News dalam temubual khas sempena Sambutan Hari Orang Asal Sedunia.


Dr.Rosliah berkata, semua guru dan individu yang berkemahiran berkongsi bahan pembelajaran sebagai rujukan dan bahan latihan pelajar.


“Ini menjadikan alam maya sebagai destinasi PdPR pelajar yang kaya kerana dapat memperolehi bahan dengan lebih mudah dan banyak,” katanya.


Katanya lagi, OA perlu bersatu dan saling bekerjasama mengharungi cabaran pendemik.


“Contohnya bebaskan kawasan daripada pendemik dengan bekerjasama mematuhi arahan mendapatkan vaksin. Elakkan menyebar persepsi negatif tentang Covid dan vaksin.


“OA perlu mencontoh masyarakat yang telah berjaya membasmi penularan Covid seperti Brunei. Penduduk Brunei taat kepada agama dan melaksanakan ajaran, antaranya mematuhi arahan pemimpin negara,” katanya.


Dr.Rosliah berkata, setiap agama mengajar kebaikan, maka OA perlu percaya dan melaksanakan ini dalam kehidupan.


“Tidak perlu bertanding memberikan hujah menghina, mengaibkan atau memfitnah pemimpin kerana semua agama melarang perbuatan ini. Bukan bermakna OA suka dipijak atau dikuasai sesuka hati tetapi menunjukkan OA mempunyai pemikiran dan amalan yang baik,” katanya.

bottom of page