Pasar tamu di daerah lengkap vaksinasi dengan kadar 60 peratus boleh beroperasi mulai esokPasar tamu di daerah lengkap vaksinasi dengan kadar 60 peratus boleh beroperasi mulai esok
top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

Pasar tamu di daerah lengkap vaksinasi dengan kadar 60 peratus boleh beroperasi mulai esok


11 Okt 2021

Oleh Ilona Andrew


KOTA KINABALU: Pasar tamu, pasar tani, pasar minggu dan pasar malam akan dibenarkan untuk beroperasi di daerah-daerah yang telah mencapai peratusan vaksinasi lengkap sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk dewasa.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumah Datuk Masidi Manjun berkata, bagaimanapun, ini kepada penilaian risiko dan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan.


Penjaja dan pengunjung premis itu juga hanya dibenarkan kepada mereka yang telah lengkap divaksin.


Semetara itu, kanak-kanak di bawah 12 tahun dibenarkan ‘dine-in’ di restoran, masuk ke premis perniagaan termasuk mall, perhotelan (termasuk fasiliti seperti kolam renang), aktiviti perkelahan dan perkhemahan sekiranya ditemani oleh ibubapa yang telah lengkap divaksin, mulai esok.


Remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin juga dibenarkan ‘dine-in’ di restoran, masuk ke premis perniagaan termasuk mall, perhotelan (termasuk fasiliti seperti kolam renang),aktiviti perkelahan dan perkhemahan.


Setakat 10 Oktober, seramai 2,018,854 orang di Sabah, termasuk remaja berumur 12 hingga 17 tahun, telah lengkap dua dos vaksin.

bottom of page