top of page

PASTIKAN RAKYAT TIDAK TERPUTUS BEKALAN MAKANAN: WETROM

Wartawan Nabalu News



18 Jan 2021

Oleh Zaphy Evan


KOTA MARUDU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Wetrom Bahanda memberitahu bahawa rakyat yang terjejas dan menjadi mangsa bencana alam akan sentiasa dibantu dan dipastikan untuk terus mempunyai bekalan makanan.


"Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus memberikan bantuan terutama bagi mereka yang menjadi mangsa kepada kejadian bencana alam yang terputus bekalan makanan.


"Terima kasih kepada diatas keprihatinan pihak Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan pihak jabatan kebajikan yang terus komited membantu mangsa-mangsa yang terputus bekalan makanan, khasnya di kawasan ini (Bandau)," katanya.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau itu juga turut menyeru semua pihak untuk sama-sama memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam yang memerlukan.



"Di saat ini, kita semua akan lebih kuat dengn adanya penyatuan dan berusaha keras bersama, berkongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik yang menjadi mangsa bencana alam.


"Saya yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan semoga semua terus bersabar, berdoa kepada Tuhan untuk kita semua diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan besar ini," ujar beliau lagi.


Hari ini, Wetrom menghantar bekalan makanan kepada empat buah kampung yang telah terputus hubungan akibat daripada berlakunya tanah runtuh.


"Tanah runtuh ini menyebabkan jalan utama kawasan ini telah terputus hampir jarak 300 meter meliputi Kampung Torintidon, Kampung Gontoi, Kampung mahligai dan Kampung Pampang Poring di di DUN Bandau ini.


"Dan untuk ini, sebanyak 165 bakul makanan diberikan kepada penduduk di kawasan ini yang terjejas," katanya.

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page