top of page

Pasukan Sepak Takraw Wanita Sabah Cipta Sejarah Enam Emas Berturut-turut di SUKMA Selangor 2026

  • nabalunews
  • Aug 19
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


PUCHONG, 19 Ogos – Pasukan sepak takraw regu berpasukan wanita Sabah mencipta sejarah baharu apabila bergelar juara buat kali keenam berturut-turut di temasya SUKMA XXII Selangor 2026, sekaligus mengekalkan status juara bertahan sejak 2014.


Kejayaan itu diraih selepas menundukkan Perak dengan keputusan meyakinkan 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Arena MBSJ, Puchong, semalam.


Pada aksi final, regu pertama yang diwakili Fisydiana Faradona, Nedveesharny Samaan, dan Suzila Pisi terlebih dahulu menyumbang mata pertama selepas menempuh saingan sengit pada set pertama dengan kemenangan 15-13, sebelum melakar kemenangan mudah 15-6 pada set kedua.


Regu kedua pula melengkapkan kemenangan mutlak Sabah menerusi gandingan Ernawati Budin, Jumisa Ambong, dan Nur Anis Alia yang turut mencatat kemenangan dua set terus dengan keputusan 15-7 dan 15-7, sekaligus menjadikan regu ketiga yang dianggotai Nur Syafikah Andi, Nurshazreyana Edy, dan Rohaizan Reger Harun tidak perlu diturunkan.


Kemenangan berganda ini bukan sekadar mempertahankan pingat emas, malah melengkapkan legasi luar biasa enam kejuaraan berturut-turut bermula dari SUKMA Perlis 2014, diikuti Sarawak 2016, Perak 2018, Kuala Lumpur 2022, Sarawak 2024, dan kini Selangor 2026.


Dominasi skuad wanita Sabah selama lebih sedekad ini jelas membuktikan tahap konsistensi dan kualiti tinggi yang sukar ditandingi lawan-lawannya di peringkat kebangsaan.


Kejayaan mengekalkan mahkota juara ini tidak terlepas daripada sumbangan barisan kejurulatihan utama yang diterajui Coach Suthep Chantranusorn, jurulatih taktikal berpengalaman dari Thailand yang dipasangkan khas bersama Coach Faizan dan Coach Daut. Gabungan kepakaran ketiga-tiga jurulatih ini terbukti ampuh dalam membimbing skuad Sabah kekal cemerlang sepanjang enam edisi SUKMA.


Sementara itu, pingat gangsa acara ini menjadi milik pasukan Sarawak selepas berjaya menewaskan tuan rumah Selangor dalam penentuan tempat ketiga.

 
 
 

3 Comments


sayscribe123
Aug 19

Six consecutive titles is an amazing milestone. speech to text ai could make post-match interviews easier to preserve and share.

Like

sayscribe123
Aug 19

What an impressive record for the Sabah women’s team. Banana AI-generated images could create memorable visuals celebrating this historic achievement.

Like

sayscribe123
Aug 19

Sabah’s six consecutive SUKMA gold medals are an incredible achievement. sports website development could help teams showcase their history and achievements.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page