Patuhi SOP Covid, elak pandemik berulangPatuhi SOP Covid, elak pandemik berulang
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Patuhi SOP Covid, elak pandemik berulang


Gambar Hiasan

23 November 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Rakyat diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak berlaku satu lagi pandemic serius seperti yang berlaku sebelum ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, setakat hari ini (22 November) 21, kadar kebolehjangkitan atau R0 / RT bagi Malaysia ialah 1.0 tetapi bagi Sabah, kadar ini telah naik melepasi 1.0 kepada 1.01.


“Kelmarin Ketua Pengarah Kesihatan telah memberi peringatan kepada semua rakyat agar sentiasa berwaspada bagi mengelak berlaku satu lagi pandemik yang serius seperti yang berlaku sebelum ini. Sikap kita penentu utama kepada kejayaan kita melawan jangkitan virus Covid-19,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Masidi berkata, kes-kes sporadik (Saringan Bergejala) kekal tinggi pada hampir 41 peratus berbanding 52 peratus bagi kes-kes Kontak Rapat.


“Statistik ini membimbangkan kerana ia cerminan kepada sikap alpa dan lalai keatas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh sebahagian masyarakat.


“Mereka yang sudah lengkap divaksin juga merupakan kumpulan terbesar kes-kes jangkitan baharu setiap hari. Sekali lagi diperingatkan, vaksin tidak memberi kita perlindungan 100 peratus.


“Sikap kita adalah pelengkap kepada pertahanan daripada jangkitan,” katanya.


Mengenai jumlah kes baharu, Masidi berkata daripada 526 kes baharu hari ini, 515 kes atau 98 peratus adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2.


Pada hari ini, sebanya tujuh kes kematian dilaporkan iaitu dua kes di Keningau dan Papar manakala satu kes masing-masing di Beaufort, Kota Kinabalau dan Tawau.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page