PBS harus sedar UPKO tinggalkan BN bukan pengkhianatan tapi pengorbanan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PBS harus sedar UPKO tinggalkan BN bukan pengkhianatan tapi pengorbanan


3 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Felix Joseph Saang berkata, sudah tiba masanya Parti Bersatu Sabah (PBS) berhenti memfitnah UPKO dan memperdayakan rakyat.


Beliau berkata, ini kerana sebelum ini PBS menuduh UPKO sebagai pengkhianat apabila UPKO meninggalkan Barisan Nasional (BN).


“Pemuda UPKO ingin bertanya adakah PBS mahu menyatakan bahawa mereka juga merupakan sebuah parti pengkhianat yang lebih besar setelah meninggalkan BN. Kenyataan PBS sebelum ini bahawa UPKO adalah sebuah parti pengkhianat adalah fitnah semata-mata.


“Apabila UPKO tinggalkan BN selepas pilihan raya umum (PRU) 2018. PBS tuduh UPKO pengkhianat. Hari ini menurut Ketua Perhubungan Umno Sabah, PBS sebenarnya sudah jadi pengkhianat BN berkali-kali.


“Kita berharap PBS akan sedar, cermin diri dan menilai diri sendiri terlebih dahulu serta berhenti memfitnah UPKO,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri perhimpunan aman di Tamu Mingguan Jalan Gaya, Kota Kinabalu.


Felix berkata, sekiranya PBS benar-benar iklhas, mereka sepatutnya keluar daripada kerajaan yang ditunjangi Umno BN, “hentikan sandiwara politik dan tidak perlu berdolak dalik”.


“Mereka kononya kelihatan melawan dihadapan tetapi masih berselindung dibelakang Umno BN hanya kerana pemimpin PBS ingin mengekalkan pangkat dan kedudukan.


“Berdasarkan kenyataan Presiden PBS Datuk Dr.Maximus Ongkili baru-baru ini, mereka sedar apa yang dilakukan oleh “parti komponen BN” itu tetapi mereka seakan-akan menghalalkan kegiatan itu sehingga hari ini demi mengekalkan kuasa.


“Bila UPKO tinggalkan BN, itulah langkah berani UPKO untuk menghentikan kegiatan buruk “parti komponen BN” berkenaan, tetapi antara parti yang menghidupkan mereka untuk berkuasa semula ialah PBS.


"Kita gembira jika akhirnya PBS sedar bahawa, tindakan UPKO tinggalkan UMNO-BN bukanlah pengkhianatan tetapi merupakan satu pengorbanan untuk memastikan kedaulatan dan kepentingan wilayah Sabah terjaga serta terbela," kata Felix.


Pada Khamis, Maximus dilaporkan mendakwa sebuah parti komponen BN menyalahgunakan pendatang asing tanpa izin di Sabah demi kepentingan politik mereka.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page