top of page

Pegawai Daerah Kota Belud meninggal dunia

nabalunews

14 Ogos 2024


KOTA BELUD: Jenazah Pegawai Daerah Kota Belud, Bakri Nanun selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tanjung Batu Kota Belud, hari ini.


Allahyarham Bakri, 57, menghembuskan nafas terakhir petang semalam di Hospital Kota Belud akibat komplikasi kesihatan.


Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan, Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis, ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai.


Sebelum itu jenazah Allahyarham telah diurus dan disolatkan di kediaman arwah di Kampung Tanjung Batu Kulambai, Kota Belud.


Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page