Pejabat ADUN N11 Kadamaian sampaikan sumbangan paip graviti dan rumah solar

19 Ogos 2024
KOTA BELUD: Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian menyampaikan sumbangan poly paip 3 inci dan 2 inci bagi pemasangan paip graviti untuk keperluan komuniti di Kampung Nahaba Siba, di sini.
Sumbangan ini disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Saikom Watis yang mewakili pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian dan Pejabat ADUN N11 Kadamaian kepada Pengerusi paip Kampung Nahaba Siba, Sundang Malun.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi turut menyampaikan sumbangan panel solar kepada Koperasi Eko Pelancongan Tindian Kamujo di Kampung Tambulion, di sini.
Sumbangan disampaikan Saikom bagi pihak Ewon kepada wakil koperasi, Lianu Pula.
Commentaires