top of page

Pejalan kaki maut dirempuh motosikal

  • nabalunews
  • 7 hours ago
  • 1 min read


3 Mei 2025


KOTA KINABALU: Seorang maut manakala seorang lagi mangsa parah selepas dirempuh motosikal ketika melintas di Jalan UMS berhampiran Plaza Alam Mesra, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 10.40 malam itu, pejalan kaki berusia 18 tahun dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.


Manakala seorang lagi mangsa berusia 14 ta yang turut mengalami kecederaan dihantar ke Hospital untuk rawatan lnjut.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika penunggang motosikal bergerak dari arah Pusat Bandar menuju ke arah Sepanggar.


Katanya, setibanya di lokasi kejadian, kedua-dua mangsa pejalan kaki melintas jalan secara tiba-tiba, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Delima.


“Disebabkan jarak yang terlalu dekat dan tindakan melintas secara mengejut,

penunggang motosikal gagal mengelak dan terus melanggar kedua-dua mangsa.


“Salah seorang pejalan kaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah

dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


Sementara itu Kasim berkata, ketika kejadian, sebuah lagi motosikal yang tidak dapat dipastikan jenis dan nombor pendaftarannya turut dipercayai terlibat.


“Penunggang motosikal tersebut telah melarikan diri dari tempat kejadian dan masih belum dikenal pasti.


“Pihak polis sedang giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti penunggang

motosikal yang melarikan diri tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta

Pengangkutan Jalan 1987.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil ke balai

polis terdekat bagi membantu siasatan.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page