top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pekebun Kampung Birahan Darat rayu kerajaan baiki jalan pertanian


Jalan pertanian Kg.Birahan Darat

25 November 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA MARUDU: Para petani dan pekebun kecil getah dan sawit di Kampung Birahan Darat di sini merayu kepada kerajaan negeri khususnya Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) supaya mempercepatkan pembaikan jalan pertanian di kampung itu.


Wakil penduduk kampung, Rugaya Mogundang berkata sejak jalan berkenaan dibina hamper 10 tahun yang lalu ia tidak pernah diselenggarakan.


“Setiap kali rosak terutamanya musim hujan, kami terpaksa mengeluarkan duit sendiri membaikinya untuk memudahkan penduduk kampung memasarkan hasil pertanian termasuk getah.


“Ini adalah jalan pertanian dan juga jalan perhubungan utama penduduk Kampung Birahan Darat ke pekan Kota Marudu,” katanya kepada Nabalu News.






תגובות


bottom of page