top of page

PEKERJA ASING DI BEBERAPA NEGERI LAYAK JALANI UJIAN COVID-19 DENGAN SUBSIDI

  • nabalunews
  • Nov 25, 2020
  • 1 min read

25 NOV 2020


KUALA LUMPUR: Semua pekerja asing yang merupakan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan bekerja di beberapa negeri layak menjalani ujian saringan COVID-19 secara subsidi di bawah Program Saringan Prihatin (PSP) Perkeso.


Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dalam kenyataan hari ini berkata tarikh kuat kuasa akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.


Beliau berkata Sidang Khas MKN pada 20 Nov lepas memutuskan semua pekerja di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, wajib menjalani ujian saringan COVID-19.

"Ujian saringan yang menggunakan kaedah RTK Antigen ini perlu dijalankan di klinik atau hospital yang berdaftar sebagai Klinik Panel Program Saringan Kesihatan Perkeso (HSP). Direktori klinik panel boleh dirujuk di Portal PSP (https://psp.perkeso.gov.my)," katanya.


Katanya kos saringan itu hendaklah dibayar oleh majikan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan subsidi PSP daripada Perkeso.


Saravanan berkata Perkeso akan membuat bayaran subsidi sehingga RM60 bagi setiap ujian saringan COVID-19 yang dijalankan, dengan bayaran itu hanya dibuat sekali sahaja untuk setiap pekerja.

"Di samping itu, majikan perlu mengambil langkah proaktif dalam mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Sumber Manusia bagi mencegah penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja mereka," katanya.


Maklumat lanjut berkenaan program itu, katanya akan dikemas kini di Portal PSP Perkeso (https://psp.perkeso.gov.my), manakala sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Perkeso melalui e-mel hsp@perkeso.gov.my atau talian hotline 1-300-22-8000 atau 03-4264 5089. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page