top of page

Pelajar wanita sudah dibebaskan dengan jaminan polis

  • nabalunews
  • 12 hours ago
  • 1 min read

ree

3 September 2025


TAWAU: Pelajar wanita yang ditahan tengah hari semalam kerana disyaki mengeluarkan ucapan berbaur hasutan semasa Himpunan Solidariti Justice For Zara, sudah dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 7 malam, hari yang sama.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan pembebasan pelajar di universiti awam di ibu negeri ini selepas menjalankan soal-siasat dan merakam percakapannya di IPD Tawau.


Suspek, 23, sebelum itu ditahan sekitar jam 12.30 tengah hari di kawasan Batu 4 Jalan Apas untuk tujuan soal siasat berhubung ucapannya yang dikatakan berunsur hasutan semasa himpunan tersebut pada Ahad lalu.


“Rakaman percakapan dan tindakan lain sudah diambil daripada suspek dan sudahkan dibebaskan dengan jaminan polis,”katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Setakat ini, katanya, sebanyak 28 laporan polis diterima di Sabah daripada orang awam yang tidak bersetuju berkaitan kenyataan berbaur hasutan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Musa Aman, yang diucapkan oleh wanita tersebut.


Jasmin berkata, rakaman percakapan saksi-saksi jauga sudah diambil dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) selewatnya minggu hadapan bagi mendapatkan arahan selanjutnya.


Katanya, polis akan mencadangkan agar suspek dituduh di bawah undang-undang dan akta berkenaan.


Beliau sebelum ini berkata, polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 
 
 

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page