Pelancong China Mengaku Tidak Bersalah Langgar Flying Fish di Semporna
- nabalunews
- 2 hours ago
- 2 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
SEMPORNA, 19 Ogos – Dua individu, termasuk seorang pelancong warganegara China, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Semporna atas pertuduhan mengendalikan sebuah jet ski secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan dengan sebuahi 'flying fish' yang mengakibatkan seorang pelancong tempatan cedera parah di perairan Pulau Timbun Mata, Semporna, pada 15 Ogos lalu.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 10.30 pagi apabila mangsa, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 54 tahun, sedang menjalankan aktiviti laut bersama anaknya menaiki 'flying fish' . Sebuah jet ski yang dipandu oleh pelancong China bersama seorang lagi rakannya dipercayai telah melanggar alat rekreasi tersebut, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan awal dan seterusnya dirujuk ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.
Kedua-dua tertuduh telah didakwa bersama di bawah Seksyen 338 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan cuai hingga membahayakan nyawa dan menyebabkan cedera parah terhadap mangsa. Prosiding pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhammad Nur Faez Hazreeq Abdullah.
Tertuduh warganegara China diwakili peguam bela dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan dua orang penjamin tempatan yang mempunyai alamat tetap di Semporna. Sebagai syarat tambahan, pasport tertuduh juga ditahan oleh pihak mahkamah.
Manakala seorang lagi tertuduh yang tidak mempunyai dokumen keterangan diri yang sah tidak dibenarkan jaminan dan akan ditahan di bawah Seksyen 259 Kanun Prosedur Jenayah.
Mahkamah menetapkan 3 September 2026 sebagai tarikh sebutan semula untuk pengurusan kes.
Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga dua tahun, atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali, tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Tan Hiap Wah dalam kenyataannya menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius sebarang kecuaian atau perbuatan gopoh ketika menjalankan aktiviti di laut yang boleh membahayakan nyawa dan keselamatan pengguna lain.
Beliau turut menasihati orang ramai, khususnya pengusaha dan pengendali aktiviti rekreasi laut, agar sentiasa mematuhi peraturan keselamatan, mengendalikan vesel secara berhemah serta memastikan aspek keselamatan menjadi keutamaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.















That's really unfortunate about the jet ski accident. I hope the victim recovers quickly. It's important to double-check safety measures. Speaking of checking, I've been using VAST XML tester to verify my video ad tags, and it's been a lifesaver for catching errors.