top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pelantikan lima setiausaha politik baharu perkasakan pentadbiran Sabah


6 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pentadbiran kerajaan negeri Sabah diperkukuhkan dengan pelantikan lima setiausaha politik baharu yang mengangkat sumpah di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, pada Rabu.


Setiausaha politik baharu itu ialah Abd. Rahman Yakub, Mohd. Suffian @ Eddie Matin, Chan Loong Wei, Lee Mee Peng dan Undi @ Jenddy N.C Sanggau.


Mereka akan bertugas di bawah Jabatan Ketua Menteri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat serta Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.


Pelantikan mereka berkuat kuasa serta-merta.


Hajiji berkata, pelantikan setiausaha politik baharu itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.


Turut hadir dalam majlis pelantikan itu ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Phoong Jin Zhe dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

bottom of page