top of page

Pelarasan gaji dijangka tarik minat golongan muda sertai perkhidmatan awam

  • nabalunews
  • Aug 17, 2024
  • 1 min read


17 Ogos 2024


IPOH: Pelarasan gaji yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini dijangka bukan sahaja menarik minat golongan muda untuk menyertai perkhidmatan awam, tetapi juga mendorong peningkatan mendadak dalam permohonan kerja di sektor tersebut.


Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus, menegaskan bahawa SPA telah bersiap sedia untuk menghadapi peningkatan permohonan ini dengan memperkukuh sistem permohonan yang sedia ada.


SPA kini bersedia untuk menghadapi lonjakan permohonan dengan memperkenalkan penambahbaikan dalam sistem permohonan sedia ada, seiring dengan peningkatan kadar gaji yang lebih kompetitif.


"Pada hari ini kalau kita tengok, sistem SPA banyak menggunakan kemudahan dalam aplikasi. Jadi, sistem inilah yang saya kira dapat menjadi satu platform yang lebih ramai individu untuk mohon. Kaedah saringan juga dapat dilakukan dengan lebih cepat dan lebih baik. Ia lebih menjimatkan masa, pendek kata persediaan itu telah ada," katanya.


Beliau berkata demikian semasa menghadiri Hari Terbuka SPA@Perak di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), yang turut dihadiri Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.


Dalam program tersebut, SPA mensasarkan kehadiran 5,000 pengunjung yang akan berpeluang mendapatkan khidmat nasihat, semakan status permohonan, serta pendaftaran dalam Sistem SPA9. Simulasi temuduga secara fizikal turut diadakan sebagai persediaan kepada bakal penjawat awam.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page