top of page

Pelari marathon maut dirempuh kereta

nabalunews


1 Februari 2025


PENAMPANG: Seorang pelari maraton maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang berlari di hadapan Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa (ITCC), di sini, ITCC Shopping Mall pada 29 Januari lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, kemalangan dilaporkan berlaku di kilometer 7.2 menuju ke arah Pekan Donggongon.


Katanya, kemalangan membabitkan sebuah Honda City yang melanggar mangsa dari belakang.


“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir membantu di lokasi kejadian.


“Polis telah menahan pemandu berusia 21 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Sehubungan itu, Sammy meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan untuk tampil membantu siasatan.


Katanya, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni, di talian 019-8095133.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page