Pelawat dari Semenanjung, Sarawak masuk Sabah tidak perlu saringan CovidPelawat dari Semenanjung, Sarawak masuk Sabah tidak perlu saringan Covid
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pelawat dari Semenanjung, Sarawak masuk Sabah tidak perlu saringan Covid




20 November 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pelawat dari Semenanjung dan Sarawak yang masuk Sabah tidak perlu lagi menjalani ujian saringan COVID-19 berkuatkuasa 01 Disember ini. Bagaimanapun Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelawat itu mestilah telah memperolehi vaksin lengkap. “Sepertimana yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah (Datuk Hajiji Haji Noor) pada hari ini, pelawat dari Semenanjung dan Sarawak tidak perlu lagi menjalani ujian saringan COVID-19 dengan syarat mereka telah memperolehi vaksin lengkap berkuatkuasa 01 Disember 2021,” katanya dalam kenyataan media hari ini. Mengenai jumlah kes COVID-19 di Sabah hari ini, Masidi berkata, tidak banyak berbeza dengan jumlah semalam. “Ia sekadar menambah dua kes menjadikan jumlah keseluruhan hari ini kepada 545 kes. “Angka jangkitan di semua daerah turun-naik setiap hari. Hari ini 19 daerah mencatatkan kes di bawah paras 20 kes dengan 10 daerah mencatatkan kes satu angka sahaja. Bagaimanapun tidak ada daerah yang mencatatkan kes tiga angka,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page