PELBAGAI ACARA MENARIK SEMPENA SABAH SME FEST 2026 PADA 19-21 JUN INI, DI SICC
- nabalunews
- 12 minutes ago
- 1 min read

18 Jun 2026
KOTA KINABALU: Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Sabah agansi di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET) akan menganjurkan Sabah SME Fest 2026 selama tiga hari bermula 19 Jun ini, di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini.
Majlis perasmian pada 19 Jun akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick.
Pengarah DIDR Sabah Siti Nur’ Ain Abdullah berkata, festival itu dianjurkan dengan kerjasama MINDET, SMECorp Malaysia, MATRADE, Sedcovest Holdings Berhad dan Tiktok Shop Malaysia bakal menghimpunkan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dari seluruh Sabah.
“Pelbagai acara menarik disusun sepanjang festival itu, termasuk jualan produk IKS, demo kraftangan, program derma darah, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan catur, pertandingan nyanyian – Idola SME Fest 2026 dan cabutan tiket bertuah.
“Selain pameran dan jualan produk usahawan tempatan, pengunjung turut berpeluang menyertai sesi padanan perniagaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Festival itu juga akan dimeriankan dengan persembahan artis-artis tempatan selain penampilan khas Unduk Ngadau Kaamatan 2026, Gelvia Vanessa Jenny.
Nur’ Ain berkata, pertandingan nyanyian Idola SME Fest 2026 menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM1,500 kepada juara, pertandingan catur rapid, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan Beyblade dan Mobile Legends turut diadakan dengan hadiah menarik.
“Sabah SME 2026 adalah platform penting bagi mempromosi produk dan perkhdimatan PMKS Sabah, memperluas jaringan perniagan serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti keusahawanan dan ekonomi digital.
”Sehubungan itu saya mengalu-alukan orang ramai hadir bagi memeriahkan festival ini dan menyokong produk-produk tempatan Sabah,” katanya.















Comments