top of page
Wartawan Nabalu News

Pelbagai langkah atasi kenaikan harga ayam dan telur di Sabah: Shahelmey



23 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat telah mengambil pelbagai langkah untuk menangani kenaikan mendadak harga ayam dan telur ayam di Sabah.


Menterinya Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, kenaikan harga ayam dan telur di negeri ini disebabkan kenaikan kos input penternak ayam terutamanya kos makanan meliputi 70 peratus kos pengeluaran, selain kos logistik, pekerj, utiliti dan kos ubat-ubatan.


Beliau berkata antara penekatan yang telah dan sedang diambil bagi menangani masalah itu ialah 'soft-approach' dalam tindakan pemantauan maklumat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.


"Peniaga ayam dan telur di peringkat borong dan runcit telah bersetuju mengurangkan margin keuntungan sejak 11 Sept 2021. Sebanyak 82 premis telah memberikan komitmen penurunan margin keuntungan dan ini sangat membantu pengguna dalam mendapat harga runcit yang munasabah.


"Bagi terus mengawal harga ayam dan telur ayam, KPDNHEP telah menetapkan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam sejak 5 Feb 2022 dan akan berlanjutan sehingga 5 Jun 2022," katanya.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Justin Wong (Sri Tanjong) pada sesi soal jawab, persidangan dewan undangan negeri, di sini, hari ini.


Shahelmey berkata, jemaah menteri persekutuan pada 9 Feb lalu juga bersetuju untuk memberi subsidi kepada penternak ayam sebanyak 60 sen sekilogram bagi ayam dan 5 sen sebji untuk semua jenis gred telur ayam.


Sementara itu ketika menjawab soalan tambahan Adun Luyang Phoong Jin Zhe yang bertanya mengenai isu kenaikan harga daging khinzir, Shahelmey berkata:


"Saya mengambil maklum tentang isu yang dibangkitkan. Kementerian maklum dan membuat pemntauan tentang isu tersebut," katanya.






Comments


bottom of page