top of page

Pemandu Mabuk Ditahan

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

26 April 2026


PENAMPANG: Seorang pemandu ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi Op Mabuk yang dijalankan di Jalan Penampang berhampiran SMK Bahang, di sini, awal pagi Ahad.


Operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang itu turut mengeluarkan tiga saman.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, dua pemandu ditahan mengikut Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu atas kesalahan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan.

Katanya, jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun dan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000 serta hilang kelayakan lesen memandu selama dua Tahun.


“Sepanjang operasi berkenaan, seramai 53 pengguna jalan dan 48 kenderaan telah ditahan untuk diperiksa.


“Hasil pemeriksaan, pihak polis mengeluarkan tiga keping saman atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


Sammy berkata, operasi berkenaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengesan pengguna jalan raya yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.


“Operasi itu antara lain turut bertujuan untuk memantau keselamatan pengguna jalan raya agar sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan lalulintas yang telah ditetapkan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page