top of page

Pemandu mabuk jadi punca kemalangan 7 kenderaan di Tawau

  • nabalunews
  • Aug 13, 2024
  • 1 min read


13 Ogos 2024


TAWAU : Seorang pemandu disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dipercayai menjadi punca kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Batu 3 Jalan Apas, dekat sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang, lelaki berumur 32 tahun itu ditahan polis.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika suspek dari arah Jalan Apas menuju ke pusat bandar.


Menurutnya, apabila menghampiri sebuah pasar raya di Batu 3 Jalan Apas, suspek dilihat memandu secara melulu sebelum merempuh tiga kenderaan yang sedang parkir dan empat lagi kenderaan lain yang sedang bergerak termasuk motosikal.


“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal berumur 26 tahun mengalami kecederaan di kedua belah tangan dan bahagian lutut.


“Hasil siasatan lanjut mendapati pemandu terbabit dipercayai di bawah pengaruh alkohol,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.


Jasmin berkata, siasatan lanjut masih meneruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page