top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pembaharuan lesen melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Feb - Loke


3 Januari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SHAH ALAM: Mulai 1 Feb 2024, pemilik kenderaan persendirian warganegara boleh memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) mereka melalui aplikasi MyJPJ, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.


Beliau berkata ini adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyediakan perkhidmatan digital yang mudah dan cekap kepada orang awam.


Jelas beliau pelaksanaan urus niaga pembaharuan lesen melalui aplikasi ini akan dilaksanakan secara berfasa dengan permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian individu warganegara.


Loke berkata pembaharuan lesen melalui aplikasi MyJPJ akan memberi banyak manfaat kepada pengguna, antaranya menjimatkan masa dan kos, mengurangkan kesesakan di kaunter JPJ, dan membolehkan pengguna mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM).


"Bagi menggalakkan penggunaan e-LMM, kami akan memberi rebat RM5 kepada mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan. Rebat ini akan berlangsung sepanjang tahun 2024.


“Inisiatif ini hanya terpakai kepada warganegara Malaysia dan tidak terpakai kepada warganegara asing atau mana-mana pemegang pas permit jangka masa panjang, Kad MyKAS dan Kad MyPR," katanya ketika sidang media di JPJ Selangor kelmarin.


Beliau berkata setakat 31 Dis lepas, seramai 7.5 juta pengguna telah menggunakan aplikasi MyJPJ dan dijangka jumlah itu akan terus meningkat tahun ini.


"Kerajaan berharap inisiatif yang diumumkan pada hari ini merupakan usaha MOT (Kementerian Pengangkutan) dan JPJ untuk mempermudahkan urusan pemilik LKM dan LMM seterusnya menyokong ke arah perkhidmatan pendigitalan yang terbaik kepada rakyat.

Kommentare


bottom of page