Pembangunan modal insan tingkat taraf hidup generasi mudaPembangunan modal insan tingkat taraf hidup generasi muda
top of page
  • nabalunews

Pembangunan modal insan tingkat taraf hidup generasi muda




8 Okt 2021


Pembangunan modal insan generasi muda kini perlu dilaksanakan secara holistik yang merangkumi perolehan pengetahuan dan kemahiran termasuk keupayaan keusahawanan dan progresif melalui program yang tersusun, bersesuaian serta fokus kepada outcome.


Pelan pembangunan pelbagai inisiatif dan program-program menjurus ke arah memperkasakan ekonomi dan pembangunan belia harus dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan keupayaan belia tempatan bagi menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara ini.


Menggesa kerajaan agar meningkatkan secara serius prasana dan infrastruktur kemudahan jaringan perhubungan di kawasan luar bandar khususnya Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).


Pembangunan itu juga haruslah meliputi peningkatan akses dan kelajuan Internet di kawasan luar bandar bagi menggalakkan ekonomi digital dan mengelakkan penghijrahan belia ke bandar.

Emmanuel Atin

Ia bagi memberikan peluang belia luar bandar dan pedalaman khususnya Sabah dan Sarawak dalam meningkatkan taraf hidup dangan manfaat melalui platform dan sektor ekonomi berasakan digital bagi menjana pendapatan sekaligus meningkatkan taraf hidup generasi muda.


Selain itu, kerajaan seharusnya memperuntukkan dana khas untuk latihan e-usahawan dan di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi menggalakkan penglibatan belia dalam ekonomi digital sekali gus merancakkan ekonomi negara.


Ini sekali gus melahirkan ramai lagi pakar, profesional, usahawan dan pemimpin belia yang berjaya pada masa hadapan yang akan menyumbang kepada pembangunan negara secara insklusif dan konsisten seterusnya membantu menangani isu kemiskinan dan mengurangkan jumlah pengangguran di negara ini.


Pelan pembangunan tingkat taraf hidup generasi muda


Mengwujudkan Badan berkanun bagi mengasuh dan memberikan sokongan kepada perusahaan tempatan khasnya untuk generasi muda bagi mengurangkan birokrasi dalam pengurusan dana atau permohonan geran. Sekaligus merangka dan merancang secara terperinci untuk mencapai hasrat gaji minimum ke paras RM1,800 (sebulan) dalam tempoh lima ke 10 tahun akan datang disebabkan meningkatkan kos hidup.


Program dan latihan serta bimbingan dalam pelbagai aspek termasuk penciptaan dan pelaksanaan idea, kemajuan produk, penyediaan pelan perniagaan, pengenalan perniagaan, termasuklah cara-cara mendapatkan pembiayaan dan teknik pemasaran serta penjualan produk dan lain-lain agensi.


Penubuhan Pusat Pembangunan modal insan yang bertujuan untuk memastikan generesi muda lebih berkemampuan dengan menawarkan program latihan yang didorong oleh permintaan industri dan disahkan oleh piawaian industri.


Program-program pusat ini juga termasuk kursus-kursus pengambilan semula dan peningkatan kemahiran sehingga pelatih dapat memperolehi kompetensi yang diperlukan oleh industri dan meningkatkan peluang pekerjaan mereka untuk berbagai-bagai pekerjaan di sektor swasta.


EMMANUEL ATIN

KETUA GENERASI MUDA UPKO BELURAN

bottom of page