top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Pemimpin Gereja Ucap Terima Kasih kepada Ewon


(Dari kiri ke kanan) Jefrin, Paul, Samry dan Duani

23 Julai 2021 Oleh Marryan Razan KOTA BELUD: Para pemimpin gereja kawasan Kadamaian menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu Datuk Ewon Benedick yang telah berusaha membantu mendapatkan sumbangan daripada pelbagai pihak. Pastor Phool Tempisal mewakili kawasan Taginambur berkata, sumbangan itu akan diagih-agihkan kepada 26 orang pastor kawasan itu.

Paul

“Bagi pihak semua pastor kawasan Kadamaian, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Ewon dan para dermawan yang bermurah hati memberikan sumbangan khusus untuk semua pemimpin gereja. Semoga Tuhan memberkati kita semua,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Nabalu News, selepas penyampaian sumbangan itu, di Pejabat Khidmat Adun Kadamaian, di sini, hari ini. Sementara itu wakil kawasan Pekan Pastor Jefrin Keringgau berkata, sumbangan itu akan diagih-agihkan kepada 15 orang pastor kawasan itu.

Jefrin

“Selain bantuan makanan yang kami terima pada hari ini, belum ada bantuan makanan saya terima pada tahun ini. “Pada tahun lalu, kami menerima beberapa sumbangan makanan daripada Datuk Ewon dan juga dari badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang lain,” katanya. Pastor Duani Pantai mewakili kawasan Gaur berkata, secara peribadi, ini adalah bantuan bakul makanan yang pertama diterimanya tahun ini.


Duani

“Terima kasih kepada Datuk Ewon kerana terus memberikan perhatian dan menjaga kebajikan para pemimpin gereja kawasan Kadamaian yang turut terjejas ekoran pandemik Covid-19,” katanya. Wakil kawasan Nahaba, Pastor Samry Maudi turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua dermawan atas kemurahan hati membantu golongan susah termasuk para pemimpin gereja.

Samry

“Bantuan makanan ini akan diagih-agihkan kepada 16 orang pastor kawasan Nahaba,” katanya. Ewon menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada hampir 100 orang Pastor di DUN Kadamaian di pusat khidmat beliau, hari ini. Bakul makanan tersebut antara lainnya hasil sumbangan bersama pelbagai pihak seperti syarikat swasta, NGO, penderma persendirian dan beliau sendiri selaku Adun. Ewon berkata, para pemimpin gereja seperti pastor merupakan antara yang terjejas pendapatan kerana tidak ada pungutan mingguan bagi acara ibadah di gereja.

Kommentare


bottom of page