Pemimpin GRS bisu selepas pengumuman KDN beri kad warga asing - Azhar
top of page
  • nabalunews

Pemimpin GRS bisu selepas pengumuman KDN beri kad warga asing - Azhar



11 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti WARISAN, Azhar Matussin berkata pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus berbisu selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan pemberian dokumen pengenalan kepada warga asing di Sabah.


“Apa bezanya dulu dengan pengumuman yang dilakukan oleh Menteri KDN malam tadi. Sekiranya mereka bermatlamatkan berjuang untuk menuntut hak serta kepentingan rakyat Sabah mereka harus menentang habis-habisan.


“Kita ingin melihat kalangan pemimpin GRS kembali lantang menyuarakan bantahan mereka. Ini kerana Kad Pengenalan warga asing ini sangat tidak releven untuk diwujudkan di negeri ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Darau berkata, pihaknya risau kewujudan kad pengenalan itu akan memberikan petanda tidak baik khususnya memberikan hak serta keistimewaan kepada warga asing.


Meskipun melalui cadangan tersebut menyebut hanya mereka yang sudah lama berada di Sabah, akan tetapi dikhuatiri ia akan menyebabkan masalah lebih besar.


"Sekiranya tidak, maka ia akan mendorong ramai warga asing membanjiri Sabah pada masa akan datang,” katanya.


Azhar mencadangkan, pihak penguatkuasa imigresen segera memperkasakan penguatkuasaan dan menghantar pulang pendatang tanpa izin (PTI) ke negara asal mereka.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page