Pemimpin UPKO adakan kunjungan kepada bekas Menteri Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pemimpin UPKO adakan kunjungan kepada bekas Menteri Sabah

15 Disember 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pemimpin Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), hari ini mengadakan perjumpaan dengan Datuk Yap Pak Leong, bekas menteri Sabah bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk tuntutan 40 peratus.


Yap pernah berkhidmat sebagai menteri di Kementerian Tenaga Kerja dan Pembangunan Alam Sekitar Sabah dari 1976 hingga 1979 dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dari 1976 hingga 1982.


Kunjungan itu diketuai oleh Pengerusi Biro Hal Ehwal Anak Negeri dan Orang Asal UPKO Datuk Dougles Primus dan disertai oleh Naib Presiden UPKO Datuk Wong Thien Fook dan Setiausaha Eksekutif UPKO Datuk William Sampil.


Perjumpaan itu diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diperjuangkan parti itu.


Pada 19 Disember ini, UPKO akan mengadakan perbincangan kumpulan fokus melibatkan pakar-pakar dalam bidang berkenaan dalam usaha mencari mekanisme terbaik pembayaran semula 40 peratus hasil persekutuan kepada Sabah.

bottom of page